Gelaran lelaki kasanova ini bukanlah hanya pada lelaki muda, tetapi suami orang dan golongan VVIP juga mempunyai peratus yang tinggi untuk digelar sebagai lelaki kasanova.
Tetapi anda harus ingat bukan semua lelaki seperti ini, hanya segelintir sahaja. Jadi hari ini Wanista nak berkongsi beberapa ciri-ciri lelaki kasanova yang patut anda semua tahu.
Terlalu Peramah
Mereka sentiasa menunjukkan sikapnya yang terlebih peramah. Mereka bertegur sapa tidak kira dengan sesiapa pun, sama ada kenal atau pun tidak. Walaupun ketika itu anda berada bersamanya, dia tanpa segan silu akan menegur mana-mana perempuan.
- Foto – Pinterest
Sebenarnya itu hanya taktiknya sahaja untuk buatkan anda percaya akan dirinya. Dia ingin memberitahu anda bahawa dia tidak akan berlaku curang sebaliknya dirinya memang begitu.
Suka Bagi Alasan
Habis madu sepah dibuang. Awal perkenalan, dia menatang bagaikan minyak yang penuh. Tetapi bila si dia sudah dapat apa yang dingini, semuanya bertukar dalam sekelip mata.
Si dia mula beri alasan untuk mengelak dari dan ada sahaja perkara yang dia akan ungkit supaya anda berdua bertengkar.
Dia akan cipta pelbagai alasan untuk menutup setiap perbuatannya agar tidak terbongkar. Anda harus tahu, lelaki jenis ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan keinginannya itu tercapai.
Mungkir Janji
Awal-awal bolehlah dia berjanji itu dan ini dengan anda. Anda pula mudah terpedaya dan cair dengan kata manis si dia, pantang si dia bermadah sikit mulalah ke laut!
- Foto – Pinterest
Jangan mudah percaya dengan kata-kata lelaki ini wahai kaum wanita. Semuanya palsu belaka. Semuanya akan terbongkar dan ketika itulah dia mula mengelakkan dirinya daripada anda.
Romantis
Lelaki yang pada mulanya kelihatan sangat baik, sopan, dan sempurna di mata anda mungkin bukan seperti yang anda fikirkan. Situasi ini yang membuatkan anda mudah terpikat dengannya sedangkan dia bukanlah seperti yang anda fikirkan lansung.
Dia mungkin telah berjaya mengaburi mata anda daripada perangainya yang sebenar. Lama-kelamaan, taringnya yang sebenar akan terbongkar juga. Semua ucapan manis dan romantik darinya akan hilang.
Identiti
Pernah tak anda bertanya tentang ahli keluarganya dan dia seakan-akan mengelak dan menukar topik perbualan? Kalau ya, jauhkan diri darinya.
- Foto – Hack Spirit
Si dia tidak mahu kamu menyentuh dan bertanya tentang keluarganya dan mungkin dia akan cuba memutar belitkan cerita agar kamu yakin bahawa dia dari keluarga yang berada.
Terutamanya bila anda ingin berjumpa dengan keluarganya, pelbagai alasan yang diberikan untuk mengelakkan dirinya kantoi.
Tampan
Lelaki tampan sering menggunakan kelebihannya itu untuk menghiburkan hati mereka. Rupa yang tampan memanglah mudah untuk mearik perhatian dan memikat mana-mana wanita.
Ini juga merupakan salah satu ciri-ciri utama lelaki kasanova! Mereka seakan-akan membeli jiwa si gadis dengan fizikal yang dimiliknya.
Pinjam Duit
Itulah lelaki, memang sudah lumrah hidup apabila anda bertemu dengan individu yang salah. Bayangkanlah baru sebulan anda berdua berkenalan, dia sudah berani dan tanpa segan silu meminjam duit anda dengan alasan gajinya belum masuk and sebagainya.
Tidakkah anda berasa pelik? Sekiranya anda boleh membezakan mana yang buruk dan mana yang baik, sudah tentu anda sudah dapat menghidu perangainya dari awal.
Tidak semua lelaki sebegini, ini sekadar pandangan Wanista semata. Tapi kalau anda sedang berdepan dengan lelaki ini, hati-hati.