Ais Krim memang sedap! Semua orang sukakannya! Pernah buat sendiri ais krim sundae? Anda hanya perlu letakkan seberapa banyak bahan-bahan kesukaan anda. Nah, Wanista kongsi beberapa resepi yang boleh anda cuba!
1. Strawberry Shortcake Ice Cream Sundae
Ini untuk yang gila strawberi! Bertambah sedap bila diletakkan jem strawberi yang masih hangat di atas ais krim sundae. Sungguh menyelerakan!
Resepi : Ais krim strawberi + jem strawberi + shortbread + whipped cream + buah strawberi segar
2. Chocolate Caramel Turtle Sundae
Untuk ais krim sundae ini pula, caramel dan sos fudge adalah kunci resepinya.
Resepi : Ais krim caramel + fudge + caramel + Snickers + pecans
3. Banana Split Sundae
Sedapkan banana split! Buat lapisan dengan ais krim vanila coklat, sos fudge dan pisang yang dihiris nipis (supaya anda mendapat bahagian dalam setiap gigitan). Di atasnya anda letakkan whipped cream, fudge, taburan manik-manik pelangi dan buah ceri.
Resepi : Ais krim vanila coklat + fudge + pisang + whipped cream + rainbow sprinkles + buah ceri
4. Cookie Lover Sundae
Anda cookie lover? Cairkan cookie butter dalam ketuhar gelombang mikro, lapiskan ke dalam cookie dough ice cream, sos fudge yang hangat dan serpihan Oreo. Tidak minat Oreo, anda boleh letak Chips Ahoy atau Famous Amos, ikut suka andalah!
Resepi : cookie dough ice cream + fudge + cookie butter + Oreos
5. Chocolate Peanut Butter Sundae
Untuk anda yang sukakan peanut butter dan coklat pada masa yang sama.
Resepi : chocolate ice cream + peanut butter + peanut butter cups + kepingan M&M
6. Nutella Deluxe Sundae
Untuk mendapatkan gigitan yang seimbang, lapisan ais krim dengan serpihan brownies, hazelnuts cincang dan sempurnakan dengan Nutella.
Resepi : chocolate ice cream + Nutella + hazelnuts + brownies
[SUMBER]