Kebanyakan lelaki moden masa kini mengutamakan gaya penampilan diri dan mereka juga tidak ketinggalan untuk memiliki koleksi pakaian dan aksesori gaya terkini mengikut peredaran masa.
Kini, jenama pereka tersohor dari Itali, Piquadro oleh Giancarlo Petriglia memperkenalkan koleksi musim luruh/sejuk 2015 yang nyata lebih hebat. Kesemua rekaan mempunyai karakter tersendiri yang secara tidak langsung akan menyerlahkan lagi gaya si pemakai.
Sesuai untuk lelaki yang gemarkan gaya funky dan lebih berani. Piquadro Cosmic Colours menampilkan tiga (3) rekaan utamanya yang diilhamkan daripada tiga huruf Greek iaitu Psi, Tau dan Eta.
PSI -Beg laptop yang mengekspresikan gaya kontemporari kasual bagi seorang lelaki melalui rona warna kontrast dan rekaannya yang lebih ringkas. Diperbuat daripada kulit anak lembu berkualiti dan setiapn ruangan di dalam beg dapat menampung barang-barang keperluan individu yang memakainya.
TAU – Beg silang ekslusif bersifat maskulin ini direka khas berbentuk petak dan berbucu melengkung di setiap penjuru. Beberapa poket kecil khas untuk mengisi telefon pintar dan pen turut disertakan di dalam rekaan ini. Selain coraknya yang tersendiri, Tau juga mempunyai ruangan khas bagi laptop dan tablet. Apa yang menarik, ruangan atau sarung berkenaan adalah mudah ditanggal.
ETA – Beg yang lebih besar saiznya berbanding Psi dan Tau, Eta pula adalah rangkaian rekaan yang mengetengahkan ilustrasi kreatif terdiri daripada pelbagai warna ceria, kombinasi corak garisan dan materialnya membuatkan beg berkenaan tampak lebih menonjol serta istimewa. Kesemua corak adalah hasil cetusan idea pereka Giancarlo Petriglia sendiri.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan rekaan Koleksi Piquadro Cosmic Colours Musim Luruh/Sejuk 2016, sila layari www.piquadro.com.
NOTA: Boleh dijadikan hadiah kepada ayah atau teman lelaki anda yang pastinya hebat!