Nuevo Attraction & Destination Sdn Bhd, melancarkan tarikan baharu mereka The Pirate Adventure. Terletak di Zon Warisan Dunia UNESCO, tarikan menggabungkan unsur-unsur teater dan pengembaraan yang sarat dengan teknologi canggih yang sama dengan tarikan mereka sebelum ini Bahtera Merdeka.
Melaka Alive memberikan pengalaman baru yang mampu menarik kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong ke negeri ini. The Pirate Adventure membawa pelawat ke satu perjalanan sebagai lanun yang kembali ke masa pelayaran di tengah lautan, dengan diringi bunyi laut, rasa angin yang mengusutkan rambut anda, kegelapan juga lanun membuatkan anda sentiasa bersedia untuk mengharungi ‘perang’ diri sendiri. Penulis pasti anda akan teruja untuk meneroka ke zaman lanun yang penuh cemas.
Untuk pengetahuan anda, The Pirate Adventure telah dibuka pada 15 Ogos 2015. Dengan cuti sekolah yang akan datang dan keadaan ekonomi semasa, Melaka Alive melanjutkan promosi yang julung kali diadakan – mereka yang satu (1) tiket pada harga penuh akan mendapat satu (1) tiket percuma dengan nilai sama atau lebih kecil sehingga akhir September untuk menggalakkan orang ramai menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Tarikan ini dibuka setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 pagi sampai 7 malam. Waktu operasi hari Jumaat hingga Ahad akan dilanjutkan sehingga jam 9.30 malam. Tiket berharga dari RM20 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun, RM25 untuk orang dewasa dan warga emas dengan diskaun bagi pemegang MyKAD.
Sekitar gambar The Pirate Adventure yang akan ‘menyesakkan’ dada dan ‘memenatkan’ anda.
Tiket boleh dibeli melalui www.melakaalive.com.my atau secara terus di kaunter tiket Melaka Alive.