Timbul pula seorang gadis dengan nama paling pendek di Indonesia, D. Ya, itu sahaja namanya. D merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah dipercayai individu yang mempunyai nama yang paling pendek dengan hanya huruf D sahaja.
Difahamkan D, 15 tahun masih lagi belum mempunyai kad pengenalan diri. Bapa kepada D, Mulyaji berkata dia memberikan nama D kepada anaknya itu kerana dia lahir terlalu cepat.
“Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat,” katanya.
Tambahnya juga, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama seperti orang normal. Menurut D pula, dia selesa dan tidak terganggu dengan namanya yang unik itu.
“Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D,” katanya.
Sumber – Siakapkeli.my