Diharamkan di China untuk lebih setahun, aplikasi yang berpangkalan di Toyko, LINE nampaknya telah menemui strategi alternatif untuk memasuki pasaran China dengan pembukaan LINE Friends Café & Store di Shanghai pada 30 Julai yang lalu.
Menurut China Daily, Kafe LINE ini terletak di Xintiandi SOHO Fuxing Plaza di Shanghai. Pelanggan boleh merasa kek kartun, tart telur dan banyak lagi pencuci mulut lain yang dibuat khas untuk pelanggan di China.
Lebih 700 jenis barangan yang dipamerkan di rak-rak di kedai ini yang boleh dibeli sebagai koleksi peribadi. Lihatlah betapa comelnya barang-barang LINE yang dijual di sini! Rambang mata!
[Sumber]