Pengunjung yang datang ke Johor Premium Outlets boleh bersorak kegirangan dengan pembukaan dua kedai baharu, Bally dan Bath & Body Works.
Disamping itu juga, jenama ikonik British, Burberry juga mengalu-alukan pengunjung dan semua kaki shopping untuk singgah ke outlet yang baru diubahsuai.
Jenama high-fashion dari Swiss, Bally kini dibuka buat pertama kalinya di Johor Premium Outlets. Terkenal kerana ketukangan bertaraf dunia dan kesempurnaan, Bally merangkumi prinsip-prinsip inovasi, fungsi dan kemodenan dalam setiap penciptaan seluruh koleksi. Pembeli boleh menikmati pelbagai koleksi luar biasa seperti beg, kasut dan aksesori untuk kedua-dua lelaki dan wanita.
Bath & Body Works, premium kecantikan dan penjagaan jenama peribadi dari Amerika ini juga boleh didapati di Johor Premium Outlets bermula Jun 2015. Anda kini boleh mendapatkan pelbagai jenama produk mewah seperti losyen badan, gel mandi, fragrance mist, eau de toilette dan lilin juga pelbagai lagi di sini.
Terletak secara strategik di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Laluan Kedua, Johor Premium Outlets dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam. Mempunyai pelbagai pilihan makanan dan minuman serta pelbagai kemudahan termasuk Information Centre, mesin ATM, sewa kereta bayi dan kerusi roda.
Info lanjut boleh ke Johor Premium Outlets.