Yarra Valley, sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Hot Chocolate Festival.
Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai dengan pelbagai pilihan makanan serta wine yang pasti akan membuatkan hari anda sempurna!
Anjuran buat kali ketiga Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery bakal menampilkan 31 jenis minuman coklat panas selama 31 hari. Festival ini bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Ogos tahun ini.
INFO EKSKLUSIF:
Chocolaterie’s world-class European chocolatiers dan barista tempatan akan membawa masuk tujuh perisa edisi terhad pada setiap minggu.
Antara perisa edisi terhad itu adalah, Nutty Salted Caramel, Tiramisu, Chili Bomb, Mind Madness, Cherry Delight, Roasted Macadamia, Berry Explosion dan lain-lain.
Bukan itu sahaja!
Anda juga boleh menikmati hot chocolate dengan pelbagai pilihan susu, pastilles coklat hitam atau putih, shot of couverture chocolate dan marshmallow buatan sendiri.
FAKTA MENARIK TENTANG HOT CHOCOLATE FESTIVAL:
“Hot Chocolate Festival mendapat sambutan hangat serta berjaya memikat hati semua pengunjung,” kata Pengarah Urusan Yarra Valley Chocolateri’s, Leanna Neeland.
Lebih 6,000 minuman coklat panas dihidangkan semasa festival kedua dan jumlah pengunjung yang hadir mencecah 45,000 manakala 1,000 lagi memasuki program istimewa ‘hot chocolate tasting session’ sepanjang bulan.
Kali ini pengunjung akan ditemukan dengan pelbagai jenis coklat serta meraikan musim sejuk, warga tempatan dan peminat tegar coklat!
Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati hidangan secara percuma sambil menonton European chocolatiers menggubah hampir 250 produk coklat yang berbeza.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.visitmelbourne.com atau ikuti salah satu akaun rasmi media sosial #visitmelb:
Facebook: visitmelbourne
Instagram: @visitmelbourne
Twitter: @melbourne