Bila menyebut tentang bakeri, roti, pastri dan kek, pasti kita semua akan terbayangkan variati yang terdapat di pasaran sekarang. Kita dapat lihat pengusaha bakeri semakin bijak dan kreatif dalam melahirkan inovasi terhadap roti mahupun kek yang dihasilkan.
Terbaharu, roti yang menyerupai buah tembikai sedang hangat diperkatakan di media-media sosial, ia menjadi kegilaan dan mencetuskan fenomena di Taiwan.
Warna-warna yang terhasil pada roti berkenaan dilaporkan datang daripada arang buluh, serbuk teh hijau dan strawberi. Walaupun mungkin rasanya tidak sama seperti buah tembikai, namun rupanya yang menarik dan unik itu mampu mencuri perhatian ramai.
[Sumber]