Wangian 007 telah mengumumkan pelancaran “007 for Women”, khusus buat peminat Bond di seluruh dunia. Wangian yang direka khas untuk kaum wanita ini diilhamkan daripada ikon wanita dalam dunia Bond yang berani dan menggoda.
Menangkap intipati Bond Woman dalam aroma berjenama, “007 for Women” adalah ‘berbahaya dan menggoda’. Kombinasi intelektual dan daya tarikan yang luar biasa, membuatkan personaliti Bond Woman mampu memukau setiap orang yang ditemuinya. Kuasa menggoda Bond Woman adalah begitu kuat sehingga tiada sesiapa, walaupun James Bond mampu menolak beliau.
Ramai pelakon ikonik telah membentuk dunia filem Bond selama ini, mentafsirkan watak pelbagai ragam Bond Woman dengan sempurna dan merupakan generasi inspirasi wanita di seluruh dunia. Caterina Murino adalah salah seorang daripada mereka. Beliau telah membuktikan bahawa dirinya mempunyai keupayaan semulajadi untuk menggambarkan kekuatan dan tipu daya daripada Bond Woman moden, menjadikan Caterina duta yang sempurna untuk wangian “007 for Women”.
Wangian “007 for Women” ini menangkap kuasa Bond Woman. Ia menawarkan gabungan unik bahan-bahan yang berbaur kewanitaan dengan rasa misteri — ia adalah satu tafsiran moden haruman Oriental. Bahan-bahan gelap, namun feminin menyampaikan suasana keintiman mendebarkan. Pada permulaannya, semburan pedas Black Pepper diselubungi dalam Rose Milk menyalakan satu paradoks bahaya dan sensual yang menarik. Disamping itu, wangian ini turut diselitkan dengan karakter buah Blackberry yang digabungkan dengan kelembutan wanita diwakili oleh White Floral Jasmine. Rasa kaya, sensual yang merupakan kunci kepada mana-mana Oriental signature didorong oleh Black Vanilla dan White Musk, dengan sentuhan Cedarwood.
Botol wangian ini pula mencerminkan kaca gelap sehalus sutera, namun nampak tajam yang mencerminkan ciri-ciri Bond Woman yang bercanggah. Corak potongan berlian pada botol menandakan evolusi dari tekstur botol wangian lelaki, mengambil bulat, isyarat feminin.
Eau de Parfum : 30 ml (RM100), 50 ml (RM140), 75 ml (RM180)
Losyen Badan : 150 ml (RM40)