Rindukan lakonan pelakon beauty with brain, Emma Watson? Emma Watson muncul dalam filem ngeri misteri ‘Regression’. Regression menceritakan kisah di sekitar tahun 1990 di Minnesota, seorang detektif bernama Bruce Kenner sedang menyiasat satu kes yang mana seorang gadis bernama Angela telah menuduh bapanya, John Gray, melakukan jenayah seksual terhadapnya. Bagaimanapun John tidak mengingati langsung tentang kejadian itu. Kemudian seorang pakar psikologi, Dr Raines, telah ditugaskan untuk membantu John untuk mengembalikan memorinya dan ketika rawatan, mereka telah membongkar satu misteri yang amat menakutkan.
Trailer
Klasifikasi: NA
Genre: Ngeri
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Bahasa: English
Pengedar: TGV Pictures
Pengarah: Alejandro Amenabar
Pelakon: Ethan Hawke, Emma Watson, David Dencik, Devon Bostick, Aaron Ashmore, David Thewlis