Gara-gara bagi mendapatkan gambar yang terbaik, Rozita Che Wan atau Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan berlaku ketika satu sesi fotografi di London baru-baru ini.
Apa yang terjadi sebenarnya? Memetik daripada sumber slot Cik Pang di Harian Metro, pada awalnya hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch.
Demi mendapatkan hasil terbaik, Che Ta gigih memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci. Apabila berdiri di atas tembok sekaligus perkara tersebut menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu. Ketika sedang bergaya di atas tembok, mereka terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar. Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok. Hebat juga penangan Che Ta ya di luar negara.