Hubungan ibu dan anak perempuan mungkin adalah salah satu hal paling rumit untuk dibicarakan. Hubungan suci yang terjalin antara kedua-duanya cukup sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Namun begitu, ada kalanya hubungan antara ibu dan anak perempuan diuji dengan cabaran yang menjadikan hubungan itu sedikit tegang dan sukar difahami.
Jika anda berfikir anda sedang mengalami ketegangan dalam hubungan anda bersama ibu ataupun anak anda; berikut adalah beberapa tip mudah dan cepat untuk membetulkan keadaan tersebut.
1. Berkomunikasi
Komunikasi adalah kunci, bukan sahaja dalam hubungan ibu-anak perempuan, tetapi dalam apa sahaja hubungan yang ingin anda jaga kebahagiaannya. Komunikasi adalah paling sihat dalam tahun-tahun awal kanak-kanak bersama ibu bapa. Walau bagaimanapun, tekanan biasanya mula terbentuk apabila anak perempuan mula membesar dan menempuh alam remaja. Kasih sayang dan keprihatinan harus ditunjukkan dalam apa peringakat sekali pun, agar ibu dan si anak dapat merasainya, sekaligus dapat mengelakkan sebarang salah faham yang boleh menegangkan hubungan.
2. Membaiki Keadaan
Keretakan dan kerosakan merupakan sebahagian daripada hal yang harus ditempuh dalam setiap hubungan tanpa mengira sejauh mana keserasian. Oleh itu, sementara ia masih boleh dielakkan daripada kerosakan teruk; apa yang boleh dilakukan dengan cekap adalah membaiki dan membetulkan keadaan yang tegang itu. Menunda atau mengabaikan sesuatu masalah hanya akan memburukkan lagi keadaan.
3. Cuba Memahami
Jika anda benar-benar mahu menunjukkan keprihatinan, sokongan dan kasih sayang anda; letakkan diri anda dalam kasut ibu atau anak perempuan anda dan untuk beberapa ketika, berfikir kehidupan dari sudut pandangan mereka. Banyak salah faham dan perbezaan boleh diselesaikan hampir serta-merta melalui cara ini.
4. Berseronok
Meluangkan masa lapang dan berseronok bersama ibu atau anak perempuan anda juga sangat penting, selain berseronok bersama rakan-rakan. Membeli-belah, memasak, makan di luar atau hanya bersiar-siar bersama-sama merupakan antara perkara yang mudah yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak perempuan.
5. Kurangkan Kritikan
Adalah wajar untuk anda menegur kesalahan yang ibu atau anak anda lakukan, namun yang harus diingatkan adalah anda harus mengelakkan kritikan yang keterlaluan. Hal tersebut boleh meyebabkan hubungan yang dingin antara ibu dan anak perempuan, terutamanya jika mereka mudah tersentuh dan sukar menerima kritikan.
6. Pergi Bercuti
Tidak ada yang lebih membahagiakan daripada keluar bercuti bersama. Apabila anda keluar bercuti; minda dan badan anda cenderung untuk berasa tenang dan bebas daripada sebarang beban dan masalah. Keluarlah berkelah atau bercuti bersama ibu atau anak anda dan melihat perbezaan yang positif dalam hubungan anda.
7. Sertai Kelas Bersama
Mengambil kelas bersama-sama adalah cara terbaik untuk mengeratkan hubungan, kerana ia adalah alasan bagi mencari masa untuk satu sama lain. Sertailah kelas seperti memasak, menjahit, yoga dan sebagainya bersama ibu atau anak perempuan anda. Pasti ia berbaloi!