Gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda Nepal pada 25 April 2015 telah mengakibatkan kemusnahan teruk di seluruh ibu kota Kathmandu ke kawasan-kawasan di luar.
Untuk berkongsi sokongan kepada mangsa gempa bumi tersebut, LINE telah mengeluarkan satu set pelekat amal “Pray for Nepal” di seluruh dunia. Semua hasil daripada jualan pelekat, selepas ditolak caj perkhidmatan, akan disumbangkan kepada tabung bantuan Japanese Red Cross Society untuk gempa bumi Nepal 2015. Dana itu akan digunakan untuk aktiviti bantuan di kawasan yang terjejas di Nepal.
Pelekat “Pray for Nepal” telah mula dijual pada 28 April dan akan berterusan sehingga 31 Mei melalui in-app Sticker Shop dan LINE STORE (https://store.line.me) dengan harga USD 0.99 atau 50 LINE coins.
Butiran Pelekat LINE Charity
- Nama: Pray for Nepal
- Harga Jualan: USD 0.99 seluruh dunia (50 LINE Coins)
- Tempoh Jualan: 28 April – 31 Mei 2015 (Tertakluk pada perubahan)
- Kawasan Jualan: Seluruh dunia
- Pihak Penerima Derma: Japanese Red Cross Society
Butiran Pelekat LINE Charity yang Lepas
1) Typhoon Haiyan Relief Stickers “Pray for the Philippines”
- Tempoh Jualan: 15 November – 31 December 2013
- Pihak Penerima Derma: Philippine Red Cross
- Jumlah Derma: JPY 58,773,190
2) Tohoku Earthquake and Rehabilitation Stickers “3.11 Children Stickers”
- Tempoh Jualan: 11 Mac – 10 September 2014
- Pihak Penerima Derma: Save the Children Japan
- Jumlah Derma: JPY 27,892,900