Tertarik untuk berkongsi artikel yang diperolehi daripada Majalah Libur, Sabah menawarkan keindahan alam semulajadi bukan sahaja di darat malah di dasar laut. Sekiranya anda mencari destinasi percutian yang kaya dengan keindahan flora dan fauna, ini 5 lokasi boleh anda kunjungi.
Lankayan
1. Terletak 15 kilometer dari Sandakan, Lankayan adalah satu dari pulau tropika yang terdapat di Lautan Sulu. Saiznya kecil tetapi kekayaan alam semula jadinya menakjubkan.
2. Lankayan juga merupakan syurga buat penyelam skuba. Pulau ini kaya dengan kehidupan marin mikro seperti nudibranches, prawn gobies dan coral shrimps. Ramai yang mengunjungi pulau ini kerana tertarik dengan whale shark dan spesies penyu serta hawkbill yang mendiami dasar lautnya.
3. Lankayan diwartakan sebagai taman laut Sugud Islands Marine Conservation Area (SICAM). Sebarang aktiviti yang berkaitan dengan penangkapan ikan dilarang sama sekali di sini.
Manukan
1. Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan pulau pertama yang diiktiraf sebagai taman negara di Sabah.
2. Pulau yang terkenal dengan kecantikan pantai dan batu karangnya ini hanya mengambil masa 20 minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot laju.
3. Manukan menampilkan kemudahan asas pelancongan yang menakjubkan seperti gelanggang sukan, restoran, rumah kelab, pusat selam skuba.
4. Jika anda seorang penggemar pantai ataupun laut, bolehlah mencuba aktiviti snorkeling, selam skuba, jetski, waterski, banana boat, kayak dan luncur angin.
Kapalai
1. Kapalai merupakan sebuah lagi pulau yang menjadi perhatian pelancong dari serata pelosok dunia. Pulau ini terkenal dengan keindahan batu karang dan keunikan hidupan makronya.
2. Kapalai berada tidak jauh dari Pulau Sipadan dan Mabul, ia boleh diakses dengan menaiki bot laju melalui Pulau Semporna.
3. Di sini, menarik untuk memotret hidupan marinnya yang pelik seperti crocodilefish, garden eels, frog fishes dan flamboyant cuttlefish.
Mataking
1. Airnya yang biru dan pasir pantainya putih merupakan identiti utama pulau bergelar Mataking.
2. Bagi anda yang menggemari aktiviti selam skuba, bolehlah mengunjungi beberapa buah tapak selam skuba yang menarik seperti turle playground, nudibranch heaven, hump head point dan coral garden.
3. Bagi mereka yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti selam skuba pula, bolehlah mencuba jungle trekking, melukis batik, rawatan spa, berkayak atau berjalan kaki ke pulau Mataking Kecil.
Mabul
1. Mabul merupakan pulau kecil yang menempatkan dua buah kampung iaitu Kampung Mabul dan Kampung Musu. Dihuni oleh lebih daripada 2000 penduduk daripada golongan Bajau Laut dan Suluk.
2. Mabul juga tidak terkecuali daripada menjadi syurga selam skuba. Hidupan marin yang eksotik seperti Flamboyant cuttlefish, blue-ringed octopus, mimic octopus, bobtail dan keluarga scorpion fish seperti frogfish.