KIX HD (Astro Ch. 729), pusat hiburan aksi utama di Asia sekali lagi berganding tangan dengan kumpulan Astro untuk melancarkan acara R U Tough Enough? (RUTE) untuk mencari sepuluh insan yang paling gagah di Malaysia. Sepuluh peserta tanpa mengira jantina akan direkrut bagi berentap dalam satu siri cabaran yang mampu menguji kekuatan fizikal, mental serta ketabahan mereka. Hanya satu peserta akan digelar Insan yang Paling Gagah di Malaysia dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM30,000.
Tahun ini, peranan duta RUTE dipegang oleh wira Malaysia tersendiri, Aaron Aziz, kerana beliau paling sesuai melambangkan ciri kegagahan dan ketabahan. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang biasa, beliau mampu mengatasi semua cabaran kehidupannya dan muncul sebagai artis pujaan yang terkemuka.
RUTE terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Untuk menyertai cabaran ini, terdahulu, anda perlu memohon dalam talian di www.KIX-TV.com/tough. Calon-calon yang dipilih akan dimaklumkan untuk menjalani sesi uji bakat tertutup pada awal bulan Mei, di mana sepuluh finalis akan dipilih untuk bertarung dalam cabaran “R U Tough Enough?” bagi merebut gelaran “Insan yang Paling Gagah di Malaysia”
Sepuluh finalis bakal bersaing antara satu sama lain di Sunway Pyramid dalam pusingan terakhir yang terdiri daripada satu siri cabaran. Juara cabaran ini akan membawa pulang hadiah utama yang bernilai RM30,000. Finale cabaran ini akan disiarkan di saluran KIX HD (Astro Ch. 729).
KIX HD juga akan menghantar “Tough Troopers” mereka ke seluruh negara bagi mencari peserta-peserta yang lasak dan mencabar mereka menunjukkan kekuatan mereka menerusi beberapa ujian yang telah dirancangkan.
Maklumat lanjut serta terma pertandingan boleh diperoleh di lawam rasmi pertandingan www.KIX-TV.com/tough. Selain itu, anda boleh mengikuti pertandingan ini di platform media sosial KIX HD termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.