Kendall Jenner, si tinggi lampai yang baru berusia 19 tahun tetapi sudah melangkah jauh dalam bidang peragaan, mengambil alih fesyen dan kecantikan, kini dipilih sebagai wajah baru kosmetik Estée Lauder dan Calvin Klein Jeans.
Mulai dari wajah, rambut, badan, kulit, semuanya tentang dirinya menjadi perhatian umum malah setiap wanita mengimpikan kecantikan seperti dirinya. Agaknya apa rahsia kecantikan Kendall? Adakah model ini mempunyai rutin kecantikan yang ekstrem?
1. Tips mendapatkan kulit wajah yang segar setiap hari?
Menurut Kendall, dia akan membersihkan muka setiap pagi dan malam. Hanya mengenakan mekap yang minimum ketika tidak bekerja. Amalkan air putih/air masak yang banyak dan makan makanan berkhasiat. Lagi satu, Kendall mempunyai doktor kulit peribadi bagi memastikan kulitnya sentiasa sihat dan bebas dari segala kotoran.
2. Produk kecantikan pilihan?
Lip Light lip gloss, MAC Eye Kohl, Smashbox Foundation Primer dan beberapa produk Clinique.
3. Rahsia kecantikan untuk wajah?
Cukup dengan hanya oil blotting papers dan suncreen.
4. Dandanan kasual setiap hari – dari mekap sehingga rambut?
Untuk rambut biasanya hanya biarkan begitu ataupun ponytail. Mekap pula hanya menggunakan light foundation, maskara, eyeliner dan lip balm dan akhir sekali perfume.
5. Trend kecantikan masa kini paling menarik perhatian?
Nail polish, bronze eye shadows, dan ponytail.
6. Rahsia mendapatkan kaki yang menawan?
Shaving merupakan rutin yang wajib dilakukan. Produk shaver kegemaran adalah Venus Embrace Razor dan Satin Care Shave Gel, baunya cukup menyenangkan dan membuatkan kaki lembut. Selepas shaving, pakai body lotion ataupun minyak zaitun.