Hari ini kami bawakan kepada anda highlight program TV saluran Lifetime (Astro Channel 709) untuk bulan Mac yang akan datang.
Apa pendapat anda mengenai Married at First Sight? Musim kedua eksperimen sosial ekstrem ini mengikuti 6 jiwa berani menginginkan perkongsian sepanjang hayat, dan mereka bersetuju dengan cadangan provokatif — dapat berkahwin secara sah pada masa pertama kali mereka bertemu. Empat pakar (sexologist, spiritualist, psychologist dan sociologist) akan mewujudkan apa yang mereka percaya adalah tiga pasangan yang sempurna, berdasarkan pencarian jodoh saintifik. Setiap episod membawa cerita-cerita klasik gaya hidup pasangan pengantin dan selepas beberapa minggu kemudian, setiap pasangan perlu membuat keputusan — adakah mereka tetap bersama ataupun mahukan perpisahan? Tayangan perdana musim baharu pada 19 Mac, Khamis pada pukul 9 malam. Tayangan perdana casting pada 18 Mac, Rabu pada pukul 9 malam, hanya di saluran Lifetime (Astro Channel 709).
Selain itu, MasterChef New Zealand S5 diteruskan bulan ini dengan pasangan peserta dari seluruh negara bersaing untuk mencipta hidangan menyelerakan dengan bahan-bahan renowed New Zealand. Setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam dan 11 malam.
Siri baharu docu-reality bermula dari 7 Mac, Sabtu:
The Sisterhood: Becoming Nuns – 7 malam
Chasing Nashville – 8 malam
Love Prison – 9 malam
Highlight yang lain termasuk:
Expecting Amish (filem) – Tayangan perdana 10 Mac, Selasa 9 malam
Psychic Tia (siri realiti) – Tayangan perdana 13 Mac, Jumaat 9 dan 9.30 malam
The Ghost Inside My Child S2 (siri realiti, musim baru) – Tayangan perdana 13 Mac, Jumaat 10 malam
A Warden’s Ransom (filem) – Tayangan perdana 24 Mac, Selasa 9 malam
Selamat menonton! Hanya di Lifetime (Astro Channel 709).