Rata-rata imej wanita yang digambarkan dalam iklan mempamerkan kesempurnaan termasuklah kulit yang flawless dan bentuk badan yang sempurna tanpa sebarang cela.
Walaupun sedia maklum yang gambar-gambar yang kita lihat dalam sesebuah iklan telah mendapat sentuhan pelbagai teknik photoshop, namun iklan-iklan ini masih mampu menjejakan self esteem dan keyakinan para wanita.
Baru-baru ini, beberapa keping foto penggambaran kempen produk L’Oreal pada tahun 2013 yang menampilkan bintang pop sensasi, Beyonce bertebaran di laman Internet. Mana tidaknya, para peminat, pengkritik, haters dan pemerhati terkesima dengan keadaan kulit wajah pelantun lagu Listen itu yang boleh dikatakan ‘indah khabar dari rupa’.
Melalui akaun laman mikro Twitter The Beyonce World, pengendali mendedahkan foto-foto tersebut yang menunjukkan wajah Beyonce dalam keadaan teruk, berjerawat halus dan tidak sekata. Tambahan lagi, wajah Beyonce ketika itu turut dilapisi solekan tebal yang membuatkan situasi kelihatan lebih ‘menakutkan’!
Sebenarnya, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu, apabila melibatkan sesuatu penggambaran, foto yang diambil akan menjalani proses paling penting iaitu ‘editing’. Proses tersebut dijalankan bagi mengurangkan atau menghapuskan terus elemen negatif yang tertampil bersama subjek dalam foto tersebut seperti keadaan kulit wajah, tona, rambut dan macam-macam lagi.
mynewshub & dailymail