Tahun baharu 2015 adalah tahun menggembirakan buat pencinta Kenny Rogers Roasters (KRR) kerana akan menerima lebih banyak bonus hujung minggu ini dengan pelancaran Kad KRR yang baharu; kad nilai yang disimpan (kad prabayar).
Antara beberapa orang pertama yang dapat merasai keistimewaan kad berkenaan adalah selebriti Malaysia yang meraikan kehidupan sihat – ini termasuk bekas peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Musim 1 yang tidak mengenal rasa takut, Arthur Tan; pemain bola sepak kebangsaan, K. Ruben; bintang cantik yang semakin meningkat, Ruby Yap; dan personaliti radio yang petah bercakap, Fiqrie.
Anda kini boleh mendapatkan Kad KRR di semua restoran KRR di seluruh negara dan mengaktifkannya dengan tambah nilai minimum RM20, yang boleh digunakan untuk membeli makanan, minuman dan barangan di mana-mana restoran KRR di Malaysia.
Terhad hanya pada 16-18 Januari 2015, dengan setiap tambah nilai minimum RM100 ke dalam Kad KRR, pemegang KRR Kad akan layak mendapat bonus khas bernilai RM50.
Setiap Kad KRR juga boleh menyimpan sehingga maksimum RM500 nilai kredit.
Pemegang Kad KRR juga layak untuk mengumpul dan menebus ganjaran yang besar dan memberi manfaat termasuk pembayaran tanpa tunai, mata bonus tambahan, tawaran eksklusif dan hadiah hari jadi!
Untuk maklumat lanjut mengenai Kad KRR, pergi ke mana-mana restoran KRR atau hubungi 03-2119 9888. Anda juga boleh layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/KRR.my.