Dunia memuji kemampuan pasukan SAR (Search & Rescue) Indonesia yang mampu mencari pesawat AirAsia QZ8501 dengan cepat dan dianggap sebagai salah satu pasukan SAR terbaik di di Asia.
“Indonesia telah berpengalaman menghadapi bencana sehingga mereka mempunyai kemampuan yang sangat bagus dalam hal penyiasatan pelbagai insiden,” ujar Greg Waldron, editor majalah penerbangan FlightGlobal.
Pasukan SAR Indonesia telah mampu menangani dengan baik pelbagai kemalangan, seperti tenggelamnya kapal feri dan beberapa kemalangan pesawat, walaupun menghadapi keadaan geografi yang cukup sukar.
Waldron berkata, pasukan SAR Indonesia sebenarnya mampu mencari pesawat di lokasi terakhir pesawat menerusi rakaman komunikasi. Namun, kerana keadaan cuaca yang buruk, hal itu tidak dapat dilakukan.
Penyiasat Indonesia (KNKT) juga telah mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai agensi antarabangsa dalam meneliti pelbagai insiden kemalangan pesawat. Lembaga itu salah satunya adalah National Transportation Safety Board (NTSB) Amerika Syarikat.
Max Martin, perunding penerbangan bebas, Martin Consulting juga menyarankan agar kru pesawat juga dilatih untuk memahami keadaan perairan yang ada dalam laluan penerbangan di Indonesia dan mempunyai keupayaan navigasi standard ketika dalam keadaan darurat.