Anda jenis yang suka mencuba makanan yang luar biasa? Atau inginkan rasai pengalaman makan malam di tempat yang fearless? Siapa sangka di sekitar Kuala Lumpur ada tiga restoran yang pelik dan unik untuk kamu cuba bila dah bosan dengan hidangan di restoran atau kafe.
Dining In The Dark KL
Nikmati hidangan makan malam dalam keadaan gelap gelita. Restoran ini berikan pelanggan pengalaman menikmati makanan dengan menggunakan bau, sentuhan dan deria rasa.
Alamat: 50A Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Laman web : Dining In The Dark KL
Heli Lounge Bar
Pasti kamu akan teruja bila sampai ke destinasi ini. Antara lokasi paling meggerunkan bagi mereka yang takut berada di tempat tinggi. Bukan saja lounge ini menghidangkan makanan tetapi permandangan yang cukup awesome ini pasti tidak dapat dilupakan.
Alamat: Tingkat 34, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Laman web : Heli Lounge Bar
J&P Magic House Bar & Restaurant
Menu ala makanan Itali, restoran ini berikan satu keunikan dengan setiap hidangan…A Magic Show!
Alamat: 19, Jalan Berangan, 50200 Kuala Lumpur
Laman web : J&P Magic House Bar & Restaurant
Sumber : Majalah EH