Mengenakan kasut cantik dan mengundang kagum banyak mata memandang tentu menjadi keinginan banyak perempuan. Apalagi jika kasut tersebut tidak ada kembarnya. Umumnya kasut dibuat daripada kulit haiwan. Bahkan ada beberapa kasut yang diperbuat sari emas dan bersalut kristal swarovski. Tetapi bagaimana jika kasut bersalut rambut manusia?
Seorang pereka kasut dari China, Zhu Tian menampilkan idea berbeza apabila kasut tumit tinggi rekaannya bersalut rambut manusia. Kasut tumit tinggi ini dibuat daripada bahan getah warna kulit kemudia disalut rambut manusia asli. Kasut unik ini diberi nama ‘Babe’. Rambut yang melapisi kasut stiletto ini dilekatkan satu per satu menggunakan tangan sehingga perlukan ketelitian ketika membuatnya. Zhu menggunakan rambut sendiri untuk perincian kasut rekaannya.