Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pembukaan rasmi besar-besaran Magnum Kuala Lumpur yang bertempat di Mid Valley Megamall. Penulis telah dijemput oleh pihak Magnum KL untuk melihat sendiri tempat ini secara lebih dekat, dengan menyaksikan hiasan dalamannya yang sangat menarik, berunsur kontemporari, bergaya dan penuh dengan seni.
Ia adalah Store Magnum Pleasure yang pertama di dunia dengan dua bar infiniti membolehkan pencari keseronokan untuk mencipta masa peribadi menyeronokkan, dipanggil Make My Magnum. Pada harga RM9.90, pelanggan boleh menyesuaikan aiskrim mereka dengan memilih pilihan aiskrim Magnum yang disediakan, sebelum memilih pelbagai jenis lapisan, topping dan drizzles yang pelbagai. Di Magnum KL Infinity Bar, 250,000 ciptaan Make My Magnum mampu dihasilkan.
Chef Miko Aspiras, Ketua Chef Pastry, Magnum Kuala Lumpur turut perkenalkan kepada semua hidangan aiskrim Magnum unik yang menjadi signature desserts di Magnum KL. Ia terdiri daripada Magnum Kaya Waffle Toast, Magnum Triple Choc Cookie Skillet, Magnum Galaxy dan Magnum Trifle.
Acara kemuncak untuk Magnum Kuala Lumpur adalah koleksi enak di tangan 6 Magnum muses, setiap seorang dengan ikon gaya hidup yang tersendiri, mempamerkan enam model berharga Magnum mengikut rentak DJ Joey G membawa Magnum hidup dengan bunyi!
Setiap model berharga Magnum dihiasi ciptaan artistik replika aiskrim Magnum yang mencerminkan penjelmaan pereka setiap negara.
Wak Doyok – membawa The Magnum Black Leather (Fairuz Ramdan)
Belinda Chee – membawa The Magnum Porcelain Beauty (Fizi Woo)
Aqasha – membawa The Magnum Maestro (Bon Zainal)
Ning Baizura – membawa The Magnum Diva (Rizman Ruzaini)
Alan Yun – membawa The Magnum Masterpiece (Bon Zainal)
Nasha Aziz – membawa The Magnum Black and White (BCBG Max Azria)
Setiap model berharga yang unik ini mengambil masa satu bulan untuk disempurnakan dan anda dapat melihatnya dengan lebih dekat di Magnum Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut mengenai Magnum Malaysia sila layari www.facebook.com/Magnum.