HTC kini melancarkan produk inovatif terbaru mereka iaitu HTC Re Camera. Kamera ini telah dilancarkan pada hari ini dan pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai kehebatan kamera ini. Baru-baru ini pihak media dan pengguna HTC telah diberi peluang menggunakan telefon pintar HTC Desire Eye dan juga HTC Re Camera di dalam program #jalan2tangkapgambar bersama HTC di Melaka. Kami telah diberi peluang untuk menggunakan kamera itu selama dua hari. Selain itu, kami juga telah diberikan pendedahan mengenai aplikasi Zoe yang eksklusif untuk pengguna telefon HTC.
5 Info Mengenai HTC Re Camera
- HTC Re adalah kecil, kamera mudah point-and-shoot apabila anda memegangnya. Pendek kata, ia mudah digunakan oleh semua peringkat umur dan anda hanya perlu tekan 1 butang.
- Ia kalis air untuk 1 meter tanpa dikenakan bekas kalis air dan mempunyai akses tanpa wayar. Jadi apabila anda mengambil gambar, gambar anda boleh dilihat terus menerusi aplikasi Re Camera pada telefon pintar HTC anda.
- Kamera ini juga boleh digunakan pada mana-mana telefon pintar pelbagai jenama. Tiada masalah.
- Badan kamera adalah kompak dan ringan. Menggunakan kanta ultrawide f2.8 dengan sudut pandangan 146 darjah dan juga video Full HD ( 1080p ) . Di belakangnya adalah sensor CMOS 1/2.3-inci 16-megapixel buatan Sony.
- Aplikasi Re App juga mempunyai viewfinder secara langsung untuk memudahkan anda mencari gambar atau sudut sempurna bagi setiap gambar anda. Aplikasi ini juga akan menyimpan semua gambar anda secara automatik. Selain itu juga, pengguna boleh memuatnaik video terus ke dalam YouTube pada masa hadapan. *Harga masih belum diketahui.
Apa itu HTC Eye Experience
Jika anda memiliki telefon pintar HTC Desire Eye ataupun HTC One M8, kemungkinan besar anda sudah biasa denganHTC Eye Experience. Ini adalah satu siri ciri kamera untuk model HTC yang tertentu. Salah satu cirinya adalah Makeup Live, dengan kualiti gambar 13MP untuk kedua-dua kamera depan dan belakang. Selain itu juga, aplikasi Split Capture juga membantu anda mengambil gambar depan dan belakang dengan serentak. Memang best! Selain itu juga, aplikasi Crop-Me-In juga membantu anda menyunting gambar anda dengan pemandangan yang anda inginkan!