Joey Johnson. 27 merupakan seorang veteran yang bekerja di Afghanistan selama sepuluh bulan. Pabila kembali, Joey mengalami post-traumatic stress disorder dan telah menunggang motor yang akhirnya mengalami kecelakaan. Saat ini Joey mengalami lumpuh daripada bahagian dada ke bawah.
Empat bulan sebelumnya, Joey Johnson bertemu dengan Michelle Johnson di suatu konsert. Mereka membina hubungan yang baik dan memiliki beberapa persamaan yang unik. Joey dan Michelle memiliki nama belakang yang sama iaitu ‘Johnson’. Mereka juga memiliki tarikh lahir yang sama. Walaupun lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda, Michelle merasakan bahawa sifat Joey tidak pernah berubah. Ia tetap Joey yang baik dan penyayang sama seperti sebelum kejadian buruk itu.
Semenjak mengalami kecelakaan tersebut, Joey harus menyesuaikan diri dengan menggunakan kerusi roda. Namun, hal sedemikian tidak pernah menjadi penghalang buat mereka untuk terus bersama sebagai sepasang kekasih.
Ketika hari pernikahan mereka pada 28 Jun 2014 yang lalu, Joey telah memberikan sebuah kejutan yang telah membuatkan semua tetamu menitiskan airmata kerana terharu — Joey dan rakan-rakannya membuat sebuah alat perangkat untuk membantunya berdiri agar Joey dapat menari buat pertama kalinya dengan Michelle!
Michelle sungguh tidak menjangka kejutan sedemikian akan diberikan kepadanya pada hari perkahwinan mereka kerana mengetahui Joey bukanlah seorang yang menyimpan rahsia dengannya.
Sweet kan! Dan sangat menyentuh hati!
Lihat videonya di sini:
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=0kEASbt0Wmo]
Sumber: Luar-biasa.co