Baru-baru ini Adidas melancarkan produk penjagaan kulit untuk lelaki rangkaian baru di samping mengumumkan penajaan Malaysia’s 1st National Trampoline Dodgeball Tournament di Jump Street Malaysia. Digambarkan sebagai sukan yang menggabungkan trampoline dan dodgeball, Adidas dengan bangganya menyokong dodgeball trampolin, sukan baru yang memecah sempadan.
1st National Trampoline Dodgeball Tournament dianjurkan oleh Jump Street Malaysia akan menyaksikan sejumlah 32 pasukan bersaing dengan harapan untuk memenangi hadiah utama bernilai RM 3,200 tunai dan produk penjagaan kulit untuk lelaki dari adidas.
Sementara itu, produk penjagaan kulit lelaki dari Adidas menjanjikan perubahan “Kulit Cerah dalam 2 Minggu”. Malah, produk ini direka untuk menjaga kulit lelaki yang aktif ‘Skin Protect Complex’ melalui teknologi inovatif dengan keputusan tenaga dan sensasi menyenangkan.
Produk penjagaan kulit untuk lelaki dari Adidas kini boleh didapati di Watsons, Guardian, AEON, Parkson, Tesco, Carrefour, Giant dan farmasi terkemuka serta pasar raya dengan harga runcit RM 13.90.