Jangan sangka di laman media sosial rasa kasih dan sayang tidak dapat disemarakkan. Di sinilah tempat anda mahu bermain cinta malah untuk menunjukkan minat kepada seseorang. Bagaimana?
Cara untuk tunjuk kamu minat pada si dia:
‘Like’ gambar Instagram ataupun Facebook kamu. Ini cara mudah untuk baca perasaan kamu dan jika kamu ‘like’ kembali gambarnya, ia akan buat si dia rasa yakin untuk mengambil langkah seterusnya, iaitu, mengajak kamu keluar.
Sama juga seperti kamu memberi pujian tentang kehebatannya bermain bola sepak atau apa jua sukan yang diminatinya secara berdepan. Nescaya memujinya di laman media sosial juga boleh meningkatkan ego kejantanannya. Kalau kamu ada simpan hati pada sesiapa, apa kata cuba helah ini.
Majalah Cosmopolitan