Yasmin At Kong Heng, muzium khas bagi meraikan kehidupan pengarah filem Allahyarhamah Yasmin Ahmad itu dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.
Menariknya lagi, Sharifah Amani dipilih untuk merasmikan pelancaran muzium Yasmin At Kong Heng. Menurut Amani, pembinaan muzium ini seakan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Yasmin. Bila ditanya kenapa memilih bandar Ipoh, pelakon ini berpendapat:-
“Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh menjadi begitu bermakna kerana muzium ini terletak di bandaraya yang sering menjadi pilihan untuk penggambaran setiap filem Mak. Ini hanyalah permulaan, muzium ini pasti akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai pameran termasuk augmented reality yang akan menjadikan pengalaman lebih berbeza apabila berkunjung ke sini,” jelasnya.
Muzium Yasmin At Kong Heng menempatkan pelbagai foto-foto kenangan pengarah filem hebat sepanjang membikin filem seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Muallaf, Rabun. Muzium Yasmin At Kong Heng terletak di Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh.