Mungkin ada di antara anda yang teringin untuk menggayakan maxi skirt. Pelbagai jenis maxi skirt terdapat di pasaran tetapi persoalannya adakah ia sesuai dengan anda? Jenis top? Kasut yang mana sesuai? Petite? Tinggi lampai? Wanista tampilkan beberapa tips fesyen maxi skirt yang kini semakin mendapat tempat di kalangan hijabi juga.
1. Pastikan anda memakai maxi skirt terletak di atas pinggang jika anda berbadan besar anda lebih sesuai meletakkan nya di paras pinggang.
2. Bagi yang bertubuh tinggi, anda boleh memakai maxi skirt menutupi buku lali kerana anda akan kelihatan lebih tinggi.
3. Bagi mereka yang bersaiz petit anda haruskan meletakkan maxi skirt di paras atas buku lali.
4. Pemilihan kasut yang sesuai pula bagi maxi dress ialah ankle boots, sandal boots, clogs, peep toes, ataupun sandal dan sneakers with wide strip.
5. Skirt panjang dan meleret sangat sesuai untuk di padankan dengan knee boots.
6. Tali pinggang dan aksesori panjang sarat memberi impak menawan bagi gaya anda.
7. Pencil skirts juga kelihatan sungguh menawan dengan padanan top ringkas mengikut tubuh badan.