AC Mizal bakal berduet dengan rapper, Pitbull? Dato’ AC Mizal dikatakan teruja apabila impiannya untuk berduet dengan Pitbull bakal menjadi kenyataan apabila Pitbull sudah pun memberikan respon terhadap jemputan daripada pihaknya. Walaubagaimanapun, terpaksa memenuhi syarat rapper untuk mencapai sasaran satu juta muat turun untuk single terbarunya iaitu Paranoid.
“Saya teruja apabila dimaklum Sony Music Malaysia mengenai Pitbull sudah tahu tentang hasrat saya yang mahu berkolaborasi dengannya. Namun, Pibtull berikan syaratnya kepada saya sebelum bersetuju untuk berkolaborasi iaitu saya perlu penuhi syarat yang diberikan iaitu single saya Paranoid (duet bersama Luna Maya) perlu mencecah 1 juta download,” katanya.
“Setakat ini Alhamdulillah, sambutan lagu Paranoid sangat baik. Saya difahamkan sekarang ini sudah mencecah ratusan ribu muat turun. Saya yakin sebelum hujung tahun ini saya dapat capai 1 juta download.
“Lagipun pada penghujung November ini saya akan ke Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut. Saya kira ini peluang baik kerana dengan kolaborasi saya bersama Luna Maya, penerimaan peminat di sana terhadap lagu itu lebih mudah.
“Jika sambutannya baik ia tak mustahil untuk saya meraih lagi beberapa ratusan ribu download lagi sekaligus saya boleh memenuhi syarat dari Pitbull,” jelasnya lagi.
Astro Awani & Murai