Baru-baru ini, rangkaian produk dari Swiss untuk menangani masalah jerawat iaitu Benzac telah dilancarkan di ibu negara. Dengan pelancaran di sini, rakyat Malaysia, akhirnya akan dapat merasakan kehebatan produk Benzac yang digembar-gemburkan di seluruh dunia. Benzac merupakan satu sistem dua langkah yang mudah untuk digunakan dan rangkaian produknya di Malaysia terdiri daripada;
- Benzac Daily Facial Liquid Cleanser untuk Kulit Berminyak dan Kombinasi
- Benzac Daily Facial Foam Cleanser untuk Kulit Berminyak dan Kombinasi
- Benzac Daily Facial Liquid Cleanser untuk Kulit Sensitif dan Normal
- Benzac Daily Facial Foam Cleanser untuk Kulit Sensitif dan Normal
- Benzac Facial Scrub untuk semua jenis kulit
- Benzac AC Gel
Rutin Penjagaan
Rutin penjagaan kulit 2 langkah dari Benzac telah direka untuk memberikan produk yang sesuai untuk menangani jerawat. Lebih awal anda merawat jerawat, lebih pantas kulit yang cerah akan dapat anda lihat.
Langkah Pertama
Ia melibatkan fasa Pembersihan dan Skrub dengan Benzac Daily Facial Liquid / Foam Cleanser dan Benzac Facial Scrub. Benzac Facial Liquid / Foam Cleanser untuk kulit Berminyak dan Kombinasi mengawal minyak tanpa mengeringkan kulit. Manakala, Benzac Facial Liquid / Foam Cleanser untuk kulit Sensitif dan Normal menanggalkan kotoran dan membersihkan pori-pori dengan berkesan. Formulasi pembersihan Benzac mengandungi ekstrak semulajadi calendula dan aloe vera untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan baik dan juga mengawal perembesan sebum untuk kulit yang bebas kilat. Untuk pembersihan yang lebih mendalam, produk pembersih dibantu oleh Benzac Facial Scrub yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Untuk menyediakan kulit supaya lebih mudah menyerap bahan-bahan aktif semasa langkah seterusnya, pori-pori bersih yang tidak tersumbat dengan sel-sel kulit mati akan memastikan keberkesanan yang lebih baik untuk mengatasi jerawat. Benzac Facial Scrub mengelupaskan kulit dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran bagi pori-pori yang bersih. Untuk pembersihan yang lebih mendalam dan sempurna, adalah disyorkan supaya ianya digunakan dua kali seminggu.
Apabila pori-pori telah bersih dan bebas dari kekotoran, ianya kini telah bersedia untuk betul-betul melawan jerawat dengan
Langkah Kedua
Fasa Rawatan. Langkah Kedua, fasa Rawatan memaparkan Benzac AC Gel yang bertindak ke atas jerawat tetapi lembut pada kulit. Benzac AC Gel, suatu formulasi berasaskan air yang memaparkan Kompleks AC yang menghapuskan 94% bakteria penyebab jerawat, P.acnes dari permukaan kulit. Walaupun ianya bertindak terhadap jerawat, gel yang diluluskan ini cukup lembut ke atas kulit untuk mereda dan mengurangkan sebarang inflamasi serta boleh menyerap sehingga 4 kali sebum yang berlebihan dari permukaan kulit tanpa mengeringkan kulit. Hasilnya ialah kulit yang tenang, bebas minyak, lembut dan bebas jerawat.
Harga
Rangkaian produk Benzac yang disyorkan oleh pakar dermatologi sebagai penyelesaian masalah jerawat yang lengkap boleh didapati di semua rangkaian farmasi Caring, AEON Wellness dan farmasi-farmasi lain di seluruh negara bermula dari bulan Oktober. Produk akan dijual dari harga RM12.20 ke RM38.90.