Sejurus kejayaan single pertama “Sayang”, artis dibawah naungan Sony Music Entertainment, seorang penyanyi dan penulis lagu yang berbakat besar, Sezairi muncul dengan single kedua berjudul “Jangan Coba Berlari”.
Ditulis dan diilhamkan oleh penyanyi serta penggubah lagu berbakat besar, Tulus dan Ari Renaldi dari Indonesia, single ini telah dihasilkan di Aru Studios bertempat di Bandung, Indonesia.
Single ini menceritakan tentang peri pentingnya sesebuah perhubungan – zon selesa. Sesetengah perhubungan sudah ditakdirkan terikat. Tak kira berapa jauh kita cuba berlari, pastinya kita akan kembali kepada si dia yang memberikan keselesaan yang terbiasa. Dan apabila kita berada di dalam zon selesa tersebut, kesemuanya terasa bagaikan semulajadi.
“Saya mahukan pendekatan yang baru dan lebih segar terhadap muzik saya dan Tulus menterjemahkannya ke dalam sebuah ciptaan yang sungguh mantap. Saya berasa seronok sepanjang berlangsungnya proses rakaman single ini,” jelas Sezairi.
“Kami rasa sangat bertuah serta gembira dengan kehadiran Sezairi di bawah naungan Sony Music Entertainment kerana bakat besar yang dimilikinya. Banyak kejayaan yang mampu diperolehi melalui penggabungan ini kerana kami yakin bahawa beliau mempunyai kriteria yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah penghasilan. Oleh itu, saya percaya dengan kebolehan Sezairi bukan sahaja sebagai penyanyi yang hebat bahkan sebagai penghibur yang serba boleh. Kami di Sony Music Entertainment menghargai setiap kerjasama yang diberikan oleh beliau dan sungguh teruja dengan projek-projek yang bakal mendatang!” jelas Julius Ng selaku Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia dan Singapura.
Sedikit info mengenai Sezairi:
- Berasal dari Singapura
- Merupakan Singapore Idol musim ke-3 (2009)
- Mula dikenali ramai terutamanya di Singapura, Malaysia dan juga Indonesia
- Pernah dipaparkan didalam majalah Rolling Stones Indonesia sebagai salah seorang artis yang perlu diberi perhatian pada tahun 2014
- Pernah berkolaborasi dengan bintang antarabangsa, Ricky Martin dalam lagu FIFA World Cup Supersong “Vida” dengan penyanyi Malaysia, Alif Satar serta Judika dari Indonesia
- Bakal membinatangi watak utama dalam filem sejarah “1965” terbitan MM2 Entertainment
- Baru-baru ini tercalon sebagai Artis Paling Popular (Singapura) dan lagu “Sayang” sebagai Lagu Terbaik (Singapura) di Anugerah Planet Muzik 2014
- Artis Singapura pertama yang mendapat tawaran promosi di Indonesia