Waktu tidur yang normal untuk orang dewasa adalah sekitar 8 jam sehari. Itupun ramai yang tidak mendapat tidur yang secukupnya malah menderita keadaan kekurangan tidur dek kerana faktor kehidupan yang sibuk. Tapi berbeza pula dengan remaja perempuan ini, secara purata dia hanya mampu berjaga selama 2 jam sahaja sehari, 22 jam lagi dihabiskan untuk tidur.
Kalau anda fikir yang remaja bernama Beth Goodier ini berbuat demikian kerana tabiat suka tidur dan berjaga malam seperti remaja lain, anda sebenarnya telah silap sangka. Sebaliknya remaja berusia 20 tahun ini menghidapi penyakit yang jarang-jarang dihidapi iaitu Kleine-Levin Syndrome yang juga dikenali sebagai sindrom “Sleeping Beauty”.
Penyakit saraf ini bermula ketika usianya 16 tahun. Oleh kerana itu, dia memerlukan penjagaan dan pengawasan sepenuhnya dari ibunya dan seperti bayi, setiap kali dia bangun tidur dia akan berada dalam keadaan bingung dan terpinga-pinga. Keadaan ini akan berlanjutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu.
Apabila dia kembali kepada keadaan normal (untuk tempoh beberapa ketika) , dia akan berada dalam keadaan murung. Menurut doktor, jika keadaan ini berterusan, ia akan membawa kesan buruk kepada penghidap.
[ Sumber ]