Demam tudung Fareeda masih lagi hangat terutamanya buat peminat tegar jenama tudung popular ini. Tudung Fareeda yang dikenali dengan nama-nama eksklusif mengikut corak dan potongan tudung ini amatlah popular sehinggakan ada pelanggan yang sanggup tidur dan beratur di kaki lima.. hanya kerana mahu memiliki tudung ini. Ada di antara tudung Fareeda ini edisi terhad, jadi bermalam ataupun berkampung di luar butik Fareeda yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi ini.
Justeru itu, pihak Fareeda mengambil inisiatif untuk memudahkan pelanggan datang ke kedainya ( bagi yang parkir di tepi jalan ).. Apa dia ye? Sebenarnya pihak Fareeda juga bermurah hati dengan menyediakan laluan khas seperti titi yang disimen di atas longkang berhadapan butik mereka pada 12 Oktober lalu. Wah, makin ramai lah orang berkampung selepas ini di depan butik popular itu. Jangan lupa dapatkan rekaan terbaru tudung Fareeda di cawangan butik yang terdekat atau anda boleh layari laman Facebook Fareeda mereka di sini : https://www.facebook.com/FareedaOfficial/
Sumber gambar : Cari