Seiring dengan ledakan populariti drama dan lagu Korea di negara kita, trend kecantikan daripada negara tersebut juga semakin menjadi kegilaan para peminatnya. Kecantikan asli para selebriti negara republik ini juga begitu dikagumi dan dicemburui para wanita.
Jika sebelum ini kami telah berkongsi dengan anda tentang tips-tips melentikkan bulu mata , ini ada satu lagi teknik dan trend popular di sana.Caranya agak ekstrem kerana anda perlu ‘bermain’ dengan api.
Pertama anda perlu memanaskan pencungkil gigi atau batang logam selama lebih kurang 5 saat.
Kemudian uji kepanasan bahan tersebut pada tapak tangan.
Seterusnya, gunakan pencungkil gigi tersebut seperti berus maskara. Sisir dan gerakannya pada bulu mata dalam bentuk zig -zag bermula dari akar bulu mata.
Akhir sekali, pakar maskara seperti biasa.
Hasilnya….
Kedengaran seperti menakutkan dan merbahaya kan. Salah buat takut tercucuk pula mata. Kami rasa konsepnya sama sahaja dengan seperti tips yang kami berikan sebelum ini iaitu dengan memanaskan pelentik bulu mata menggunakan pengering rambut. ( Cara ini lebih selamat mungkin). Pendek kata konsepnya , gunakan haba.
Jadi anda berani gunakan teknik seperti wanita Korea untuk bulu mata yang menawan?