Jangan ingat anda tidak ada rekod jenayah, anda akan terlepas daripada disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen untuk ke luar negara. Jika anda salah seorang peminjam PTPTN pun, anda kena beringat kerana jumlah terkini mencatatkan seramai 85,000 peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar balik pinjaman mereka telah disenarai hitamkan daripada ke luar negara.
Mereka adalah antara 1.14 juta orang dalam senarai itu yang termasuk 701.266 rakyat Malaysia. Jadi jabatan tersebut telah menasihatkan rakyat Malaysia untuk memeriksa status imigresen mereka sebelum membuat rancangan percutian di luar negara untuk mengelakkan masalah seperti ini. Tidak kisah samaada anda akan pergi melalui kenderaan udara, jalan raya, keretaapi atau laut.
Perkara yang sama akan dihadapi bagi mereka yang mempunya isu tunggakan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti individu yang gagal untuk memfailkan caruman KWSP mereka. Terdapat 10,219 rakyat Malaysia dan 532 warga asing yang disenaraikan di bawah kategori ini.
Seramai 133, 314 bukan warganegara juga telah dihalang daripada meninggalkan negara kerana kerakyatan mereka ditarik balik atau permohonan ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.Terdapat juga 4,953 rakyat Malaysia dihalang daripada ke luar negara kerana melanggar peraturan-peraturan Kastam.
Jadi, sebelum merancang ke luar negara, adalah menjadi kewajiban anda untuk memeriksa status perjalanan anda dahulu. Cuba bayangkan kalau semua dah siap sedia, rupanya anda adalah salah seorang daripada 1.14 juta individu yang telah disenarai hitam. Caranya mudah saja, anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad pada portal cek status perjalanan jabatan itu di http://sspi2.imi.gov.my/.