Big Bang G-Dragon (26) dan model Kiko Mizuhara (23) telah dilihat bersama-sama sekali lagi, tetapi kali ini, mereka dilihat lebih rapat antara satu sama lain, jelas menunjukkan dua pasangan sedang hangat bercinta, walaupun mereka berdua menafikan khabar angin hubungan mereka.
Eskslusif oleh Dispatch, G Dragon dan Kiko dilihat bersama pada malam 16 September lalu di Itaewon, Seoul. Mereka dilihat melakukan perkara-perkara yang pasangan bercinta cenderung lakukan termasuk ketawa, skinship dan mengambil gambar bersama-sama. Sekaligus membuatkan peminat mempersoalkan penafian yang dilakukan mereka sebelum ini.
Walaubagaimanapun, YG Entertainment dilaporkan sedang melihat perkara ini. Tetapi anda boleh nilai sendiri sama ada mereka sedang bercinta atau tidak menerusi gambar yang kami kongsikan ini.