Gara -gara mencuri telefon bimbit bernilai RM200 daripada seorang pemandu lori , seorang penganggur dibelasah teruk oleh orang ramai sehingga mengalami kecederaan serius. Kejadian yang berlaku di Bukit Mertajam , Pulau Pinang ini kemudiannya mengakibatkan penganggur tersebut meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) pagi Ahad semalam.
Memetik laporan berita daripada portal berita The Star, lelaki tersebut , Ooi Sim Guan, telah bertindak menahan lori tersebut di Taman Sejahtera dengan alasan untuk menumpang lori tersebut ke Bandar Bukit Mertajam pada jam kira-kira 2 pagi.
Pemandu lori tersebut telah membenarkan penganggur berusia 38 tahun itu menumpang lorinya tapi setelah meneruskan perjalanan beberapa kilometer Ooi meminta untuk turun. Pemandu lori tersebut kemudiannya menyedari yang telefon bimbitnya yang diisimpan di dalam dashboard , telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki itu.
Pemandu lori itu kemudiannya berjaya menemui penggangur tersebut dan telah berlaku pertengkaran apabila dia menemui telefon bimbitnya pada pengganggur itu. Penggangur tersebut kemudiannya dibelasah dan turut melibatkan orang awam lain disitu. Insiden itu telah dirakam oleh seseorang individu pada telefon bimbitnya dan kemudiannya dimuat naik di laman sosial. Polis kini menahan pemandu lori tersebut untuk membantu siasatan dan sedang menjejak beberapa individu lain yang terlibat dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini tampil untuk membantu siasatan.