Cantik sungguh itu yang dapat diungkapkan bila melihat koleksi gambar majlis baby shower pasangan bahagia Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diadakan pada 23 September 2014. Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh fotografi rasmi, SYS Image, baby shower dengan tema serba putih itu hanya dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sahaja.
Yang jelas, wajah Rozita Che Wan atau Che Ta nampak sangat berseri-seri dan diraikan seperti seorang puteri raja ketika majlis itu. Malah, Che Ta nampak cantik berseri mengenakan dress rona lembut. Che Ta yang kini hamil 8 bulan itu, kami doakan semoga dapat melahirkan bayinya dengan selamat kelak.