Cartoon character tops! Ramai merasakan tops dengan cetakan kartun seperti kanak-kanak, tidak sesuai dengan peringkat usia, tetapi bila ianya dipadankan dan disesuaikan dengan outfit yang betul, cartoon tops boleh dijadikan sebagai fashion statement. Wanista tampil beberapa contoh dan twist kreatif dan kekal trendy.
Tips kami, bila anda ragu-ragu mahu memilih tops yang sesuai, pergi kepada classic cartoon characters seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse ataupun Snoopy. Padankan dengan outfit menarik sepeti pencil skirts, midi skirts ataupun boyfriend denim untuk kesan yang terbaik.
1. Cute cartoon tee dipadankan dengan boy denim yang dilipat bahagian bawah dan disempurnakan dengan sepasang tumit tinggi. Kalau boleh lipatan tersebut biarlah atas buku lali, bagi menampilkan kaki yang panjang.
2. Lebih cantik jika anda tuck in pencil skirt ke dalam cartoon top. Tahukah anda, apabila anda tuck in, anda mewujudkan ilusi pinggang yang langsing.
3. Mickey Mouse sweater dipadankan dengan midi skirts. Memakai cartoon tee dengan midi skirt menambah sentuhan retro dewasa yang sangat bergaya.
4. Cartoon tops dipadankan dengan seasonal pants nampak sangat trendy malah penuh confident.
5. Cartoon sweater bersama high waist short dan ringkas dengan hanya clutch. Jangan lupa tuck ini supaya lebih stail malah kemas.
Pesanan Wanista – Pilih cartoon tops dengan warna yang basic seperti putih, hitam, kelabu, navy. Rekaan kartun yang simple merupakan yang terbaik.