Kegemaran rakyat Malaysia terhadap coklat bukanlah satu rahsia! Penggemar-penggemar coklat amat gembira apabila Cadbury Malaysia menganjurkan Jualan Joy Shop yang pertama di Centro Mall, Klang dari 5 ke 7 September 2014. Dengan pelbagai pilihan coklat Cadbury dan perayaan serta sambutan yang bakal tiba, jualan ini tepat pada masanya untuk keluarga-keluarga di Malaysia berkongsi saat-saat riang ini bersama mereka yang tersayang.
Penggemar coklat pastinya menemui sesuatu untuk memuaskan kegemaran mereka di Joy Shop ini. Sama ada Cadbury Dairy Milk, Cadbury Zip atau pelbagai pilihan lain yang lazat, pesta selama tiga hari ini memberikan pengguna ganjaran yang mengasyikkan di mana mereka berpeluang mendapatkan coklat-coklat berkualiti tinggi dengan perisa-perisa lazat pada nilai hebat dengan diskaun sehingga 70%. Jualan Joy Shop Cadbury ini menarik lebih 7,000 orang pelanggan yang memanjakan diri mereka dengan saat-saat gembira yang dibangkitkan oleh coklat Cadbury.
Saat-saat riang dan masa bersama keluarga adalah asas yang mendorong Cadbury untuk menganjurkan Jualan Joy Shop yang pertama di negara ini. Ia adalah janji jenama Cadbury selama ini – membekalkan rasa hebat yang digemari dan membesar bersama rakyat Malaysia sejak 40 tahun yang lalu, serta tambahan perisa baru yang mengujakan untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga.
Pengguna-pengguna sekitar Lembah Klang berkunjung ke Jualan Joy Shop Cadbury untuk berbelanja dan menikmati coklat Cadbury. Setiap orang berebut mendapatkan perisa coklat Cadbury kegemaran mereka untuk berkongsi saat-saat Cadbury mereka dengan orang tersayang – rakan-rakan mahu pun keluarga.