Jika and rasa bedak bayi hanya berfungsi untuk membuatkan kulit jadi licin dan segar anda mungkin silap besar! Ada lagi kegunaannya yang lain antaranya :
1. Rantai yang tersimpul
Jika rantai leher/ tangan /kaki anda tersimpul, lebih mudah membuka simpulan tersebut dengan menabur sedikit bedak bayi pada bahagian yang tersimpul dan cuba rungkaikan dengan menggunakan pin.
2. Mengatasi perabot berbau hapak
Petua ini berkesan pada perabot antik yang lama. Misalnya untuk mengatasi bau hapak dari dalam laci, anda boleh menabur sedikit bedak bayi supaya berbau lebih segar.
3. Rambut berminyak
Bertindak seperti dry shampoo, tabur sedikit bedak bayi pada kulit kepala untuk menyingkirkan minyak berlebihan.
4. Sukar untuk tidur kerana panas
Tabur bedak pada cadar untuk membantu penyerapan peluh dan rasa lebih segar dan selesa.
5. Kad/ kertas yang melekat
Bedak bayi juga boleh melancarkan proses meleraikannya
6. Menghalau semut
Boleh juga cuba atasi masalah ini dengan menabur bedak pada tempat yang menjadi laluan semut tersebut.
7. Kesan minyak pada baju
Rupanya bedak bayi juga mampu memudahkan proses mendobi baju. Jika terdapat kesan minyak, jangan dibasuh dulu. Cuba letak bedak bayi pada kawasan berkenaan terlebih dahulu untuk beberapa minit.
8. Sarung tangan getah tak melekat
Selepas menggunakan sarung tangan getah untuk membasuh baju/ pinggan, tabur sedikit pada keseluruhan sarung tangan. Selain lebih menyegarkan, tips tersebut juga untuk memudahkan anda memakai semula sarung tangan untuk kali yang seterusnya kerana ia akan kurang melekat.
9.Memudahkan penyingkiran pasir yang melekat di badan
Bermain di pantai memang menyeronokkan, namun, nak buang pasir yang melekat di badan dan kaki memang leceh. Cuba tabur bedak bayi untuk memudahkan pembersihan badan dari pasir.
10. Melebatkan bulu mata
Jangan terkejut, bedak bayi juga dapat membantu menghasilkan bulu mata yang dramatik. Lihat di sini bagaimana caranya. [Tips Dapatkan Bulu Mata Lebat, Tebal dan Panjang Dengan Bedak Talkum ]
11. Mengatasi masalah kaki berbau
Sebelum memakai kasut, pakai dulu sedkit bedak bayi pada kaki anda.