Trend melakukan Ice-Bucket Challenge untuk memberi kesedaran penyakit ALS telah mengorban seorang remaja semalam apabial dia lemas dan tenggelam di sebuah kolam yang juga bekas lombong di Scotland. Remaja itu bernama Cameron Lancaster dan dipercayai menjadi korban pertama dari cabaran menyiram diri dengan sebaldi ais dan air. Trend yang akhir-akhir ini popular dilakukan selebriti dan tokoh politik dunia.
Namun kali ini Lancaster melakukan dengan caranya sendiri. Beberapa saksi mengatakan apa yang dilakukan Lancaster lari dari tujuan asal Ice-Bucket Challenge. Cabaran untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana bagi pesakit neurodegenerative disease ALS atau penyakit neuron motor.
Remaja 18 tahun itu ditemui mati selepas pencarian selama empat jam dilakukan di kolam bekas lombong di Prestonhill Quarry, Inverkeithing, Fife. Lancaster didakwa melompat dari tebing dengan ketinggian 80 feet (sekitar 24 meter).
Wilma Sutherland, 41 tahun, berkata, kolam di bekas lombong itu merupakan tempat kegemaran anak-anak remaja di kawasan Fife untuk berenang.
Hanya beberapa hari sebelum kematian Lancaster, seorang wanita sedang dirakam tengah melakukan cabaran Ice-Bucket Challenge dengan menaiki seekor kuda. Saat menyiramkan air ke atas kepalanya, kuda itu terkejut dan melemparkan wanita itu ke atas tanah.
Menurut Persatuan ALS, sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, mereka telah berjaya mengumpul lebih dari $79juta sehingga Isnin lepas. WOW!