Berdasarkan survei yang dilakukan oleh portal pekerjaan terkenal, Jobstreet.com dalam kajian Kepuasan Bekerja di Kalangan Pekerja pada tahun 2012, 78% daripada responden mendakwa yang mereka mereka tidak bahagia dengan pekerjaan mereka sekarang. Jika anda menjangkakan bahawa faktor utamanya adala gaji yang renda, nampaknya anda silap kerana berdasarkan kajian tersebut hanya 17% daripada 1, 145 responden mengatakan bahawa gaji adalah faktor utama dalam mempengaruhi perkara ini.
Faktor Utama Yang Mempengaruhi Kebahagiaan Anda Di Tempat Kerja ?
1. Skop kerja ( 34%)
2. Hubungan dengan penyelia terdekat / bos ( 21%)
3. Gaji (17%)
4 . Polisi syarikat dan faedah yang diperoleh (11%)
5. Waktu bekerja (9%)
6. Hubungan dengan rakan sekerja ( 8%)
Rasa tidak puas hati dengan skop kerja mereka adalah sebab utama ramai merasakan tidak berpuas hati di tempat kerja. Kebanyakan pekerja yang tidak berpuas hati berkata, mereka merasakan bahawa mereka mempunyai terlalu banyak kerja atau skop kerja mereka jenis diramal dan membosankan. Faktor lain yang menjadi punca juga adalah hubungan yang lemah dengan penyelia terdekat atau bos mereka.
Baki 22% daripada responden yang berpuas hati di tempat kerja pula mendedahkan faktor yang mempengaruhi kebahagiaan mereka:
- 50% sedang menikmati pengalaman bekerja dan cabaran bekerja
- 21% berpuas hati dengan ketua mereka yang menghargai input mereka
- 19% sedang menikmati kerja mereka kerana persahabatan mereka dengan rakan-rakan mereka
Secara keseluruhan, para pekerja bersetuju bahawa perubahan muktamad dalam menentukan kesejahteraan mereka di tempat kerja adalah peluang untuk mengembangkan kerjaya dan juga keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya di syarikat tersebut. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, majoriti (62%) berkata mereka akan mencari pekerjaan lain untuk memperbaiki kebahagiaan mereka di tempat kerja.
Seorang responden berkata, “Sebuah syarikat dengan aliran kerja pengurusan yang kuat , memenuhi permintaan pelanggan, dan rakan-rakan sekerja yang sedia membantu satu sama lain dengan politik pejabat di tahap minimum, dan peluang kerjaya yang baik adalah faktor penarik bagi saya untuk menikmati pekerjaan saya.“
Sejumlah 1,145 pekerja, di mana 62% adalah dari peringkat pengurusan pertengahan, mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan oleh JobStreet.com pada bulan September 2012 dan rasanya masih relevan. Jadi yang mana satu faktor anda tidak gembira bekerja sekarang?
[ Via ]