Mungkin ramai yang sudah melihat video ini, namun kami ingin berkongsi lagi sekali dengan anda video seorang kanak-kanak perempuan yang amat berani memarahi dan menumbuk seorang tentera Israel sekitar tahun 2012 kerana telah pihak tentera menahan abangnya. Kanak-kanak perempuan itu, Ahed Tamimi yang ketika itu berumur 12 tahun, memarahi seorang tentera Israel dengan berkata “saya tidak takut kepada kamu!” berulang-ulang kali.
Kejadian yang berlaku di Nebi Saleh itu berlaku apabila 66 kanak-kanak Palestin ditahan dan kumpulan kanak-kanak itu menggunakan batu sebagai senjata dan membaling ke arah tentera Yahudi Zionis yang berada di kawasan itu. Selain Tamimi, dua lagi rakannya yang juga kanak-kanak bertindak menolak dan memarahi tentera Israel, tetapi mendapat reaksi yang sebaliknya dari kumpulan tentera itu yang mentertawakan tindakan kanak-kanak yang tidak berdaya tersebut.
Selepas video itu menjadi viral, Ahed Tamimi telah dijemput ke Turki oleh Perbandaran Başakşehir sebagai tetamu kehormat dan tiba ke Lapangan Terbang Atatürk di Istanbul dengan penerbangan Royal Jordanian Airlines melalui Amman. Tamimi dan ibunya telah disambut oleh pelajar dengan bunga dan bendera serta menjadi penerima Anugerah Keberanian Handala.
Ahed Tamimi, yang bapanya kini berada di dalam penjara, berdiri teguh melawan tentera Israel dan menunjukkan keberanian bercakap tentang peperangan yang berlaku di Palestin kepada dunia. Adakah kita juga seberani Ahed Tamimi?