Berbekalkan suara yang lantang dan lunak, Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang berasal daripada Jakarta, Indonesia ini telah menggegarkan industri muzik Malaysia melalui single pertamanya berjudul ‘Sayang’. Ternyata , Shae memiliki auranya tersendiri kerana berjaya mencuri hati para peminatnya melalui single pertamanya . Jadi ia tidak mustahil untuk beliau mencuri hati para peminat beliau buat kali kedua melalui single keduanya ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ yang juga dipetik daripada album sulungnya “The First”.
Namun berbeza daripada lagu ‘Sayang’, tema single kedua Shae bertajuk ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ ini lebih kepada penceritaan dan luahan hati yang kecewa dicurangi kekasih. Masih mengekalkan tema cinta dalam nyanyian beliau, Shae memperjuangkan muzik bergenre balada untuk lagu. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Posan Tobing ini i pastinya akan menarik kembali perhatian anda untuk sering mendengar alunan suara Shae melalui lagu ini.
Kepada peminat-peminat Shae dan juga SobatShae, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ yang kini sudah pun berada di YouTube.‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’ merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.