Mungkin ada di antara kita yang sukakan gaya Inggeris pada hiasan deko coffee table, ada juga yang sukakan gaya vintaj sesuaikan dengan minuman teh tarik bersama pisang goreng. Cukup klasik!
Dekorasi coffee table mungkin nampak mudah untuk dilakukan sendiri namun kadang-kala kita sendiri keliru jika terlalu banyak benda yang inginkan diletakkan di atas meja.
Untuk dapatkan inspirasi, anda boleh lihat beberapa idea yang cool dalam menghias coffee table sehingga anda tidak mahu menjamu minum petang di luar rumah lagi.
1. Lilin & Buku – Mungkin boleh diletakkan hiasan beberapa buku dan lilin di atas meja. Nothing goes together better than candles and books.
2. Hiasan dekorasi bola-bola kecil – Letakkan beberapa bola hiasan di dalam tray.
3. Cake stand – Daripada dibiarkan kosong, hiaskan meja dengan cake stand, dalamnya boleh diletakkan beberapa baubles dan bits.
4. Jambangan bunga yang besar – Penulis sukakan sejambak bunga besar diletakkan di atas meja, ianya memberi warna dan kehidupan ceria ke ruang tamu.
5. Basket tray – Satu dulang bakul adalah tempat yang sempurna untuk menyimpan majalah kegemaran anda dan di atasnya ditambahkan dengan pasu bunga kecil.
6. Buah-buahan segar – Tak salah jika anda letakkan beberapa buahan segar di dalam mangkuk besar ataupun bakul. Tapi pastikan anda sentiasa alert melihatnya agar tidak busuk.
7. Hiasan bunga segar di atas meja kayu – Ada segelintir daripada kita yang sukakan hiasan rumah lebih kepada nature, menggunakan kayu jati dan sebagainya. Jadi, untuk mencantikkan ruang coffee table, mungkin boleh ditambah bunga segar – letak dalam balang kaca, contohnya bunga orkid, lily, lavender, tulips ataupun rose.
8. Potpouri – Selain bunga segar, buahan, anda juga boleh cuba letakkan potpouri supaya ruang tamu mengeluarkan bau yang wangi dan segar.
9. Alas meja – Ini biasa dilakukan kita, tidak mahu meja kosong, ditambahkan alas meja daripada motif lace, knit dan sebagainya.
10. Majalah – Selain buku, boleh juga diletakkan beberapa majalah memenuhi ruang meja.
Mudahkan? Jadi, selepas ini tiadalah nampak kosong coffee table anda. Selamat Ber-DIY!