Boleh dikatakan terdapat banyak selebriti yang berkawan rapat dengan Taylor Swift. Malah, kesemua selebriti yang berkawan dengan Taylor merupakan individu yang berkongsi minat dan keghairahan dalam bidang kerjaya masing-masing. Bukan itu sahaja, anda boleh lihat sendiri Taylor sentiasa merakamkan detik persahabatannya dengan rakan-rakan selebriti di laman sosial peribadi miliknya. Bertuah sangat dapat berkawan dengan Taylor.
Selain Selena Gomez, Ed Sheeran, Karlie Kloss. Siapa lagi BFF Taylor Swift?
KARLIE KLOSS – Boleh dikatakan mereka berdua ini langsung tidak boleh dipisahkan, sentiasa berdua walau di mana sahaja. Taylor mula berkawan baik dengan Karlie pada awal tahun dan terus rapat sehingga sekarang. Lihat sahaja, Instagram kedua-duanya penuh gambar comel bersama-sama.
SELENA GOMEZ – Walaupun jarang dilihat bersama, Selena dan Taylor merupakan rakan baik sejak di awal pembabitan dalam dunia nyanyian. Mereka juga pernah meminta kerusi bersebelahan antara satu sama lain pada setiap malam anugerah. Wow! Sweet sangat. Malah, Selena dan Taylor sentiasa menyokong satu sama lain dan sentisa memberi galakan positif. Beberapa hari lalu, Taylor berkongsi gambar dirinya memakai kalung ‘S’ dalam meraikan hari jadi Selena yang ke-22.
LENA DUNHAM – Taylor merupakan fanatik untuk siri Girls lakonan Lena Dunham dan sejak itu mereka mula rapat dan sentiasa habiskan masa bersama. Malah, teman lelaki Lena Dunham juga berkawan rapat dengan Taylor Swift.
JAIME KING – Selain Karlie, Taylor juga banyak menghabiskan masa bersama model Jaime King. Yang terbaru, mereka berdua merakamkan memori membuat pai malah bercuti bersama.
JESSICA SZOHR – Pelakon Gossip Girl ini rapat malah muncul dalam muzik video 22. Kedua-dua habiskan masa bersama pada hujung minggu dalam bulan Julai.
EMMA STONE – Penulis suka sangat dengan Emma Stone, bukan sahaja cemerlang dalam bidang lakonan malah keperibadian yang happy go lucky dan sentiasa ceria itu membuatkan ramai ingin mengenalinya. Emma dan Taylor dilihat sentiasa melepak bersama, malah Emma turut menyertai Taylor di atas kapal layar untuk percutian pada bulan Julai lalu.
ED SHEERAN – Tak perlu diperkatakan tentang persahabatan mereka berdua. Mereka menulis lagu bersama-sama, membuat video bersama-sama. Ketika album Ed berjudul “X” keluar, Taylor berkongsi kegembiraan dan menggalakkan semua peminat untuk membelinya. Malah, mereka berdua dilihat memberi inspirasi kepada satu sama lain dan mencabar satu sama lain dalam menghasilkan muzik tebaik.