Imej dan fesyen yang pelik-pelik bukan lagi asing dan janggal lagi dengan penyanyi ini. Baru- baru ini gambar Rihanna dengan warna rambut hijau neon telah disebarkan di internet.
Namun rupa-rupanya gambar tersebut adalah untuk photoshoot gincu Viva Glam II, satu lagi kolaborasi penyanyi tersebut dengan jenama kosmetik MAC . Ini merupaka kolaborasi mereka untuk kali kedua.
Tambahan lagi, rambut yang digayakan tersebut juga hanya rambut palsu sahaja.Tapi kalau betul pun ini imej baru Rihanna, dia tetap nampak menawan dan bergaya, ya walaupun dengan rambut hijau seperti ini.